Friday, July 7, 2017

Eramin 5 Khayal Yang Akan Membawa Sengsara

REMAJA kita dewasa ini semakin suka berhibur, berparti dan bersosial tak kira waktu, tak kira tempat dan tidak kira depan sesiapa pun. Apa yang mereka tahu adalah mereka hidup untuk "Enjoy". Oleh yang demikian ramai remaja-remaja kita yang sukakan parti tari menari, clubbing dan paling menyedihkan ada yang menggunakan bahan terlarang untuk 'Enjoy'.

Eramin 5 adalah salah satu bahan terlarang yang menjadi pilihan remaja masa kini untuk dijadikan 'penambah tenaga' untuk mereka 'Enjoy' dengan muzik. Mereka lebih suka menari dalam khayal, kerana bagi mereka bila khayalan menjelma maka mereka tanpa segan-silu dapat menari dengan hebat dan mampu mengalahkan penari-penari terkenal seperti Michael Jackson. 

Namun, tanpa mereka sedar perbuatan itu bakal mengundang sengsara buat mereka. Pendek kata Eramin 5

Khayal yang akan membuat anda sengsara. Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi adalah lebih kita kenali dulu apakah Eramin 5? 

Eramin 5 ialah salah satu jenis dadah generasi baru yang mula mendapat tempat di kalangan remaja kita dewasa ini. Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang diertikan ubat-ubatan di dalam Bahasa Inggeris. Penyalahgunaan dadah pula ialah penggunaan dadah untuk tujuan lain dan bukanya untuk ubat-ubatan sepertimana remaja kita pada hari ini yang mengambil pil Eramin 5 untuk mereka 'Enjoy' di dalam berhibur. 


Apakah kesan penggunaan Eramin 5? Antara kesan penggunaan Eramin 5 adalah hilang kesabaran, kekurangan fungsi kognitif untuk berfikir, hilang tumpuan, kesukaran untuk mengawal fungsi tubuh, bercakap, bergerak, kesukaran untuk mengingat dan juga pelupa. Selain itu, ia mampu memberikan kesan ketagihan seperti dadah rekreasi lain selain paling kritikal ia mampu menganggu saraf otak hingga menyebabkan seseorang itu menjadi gila. 

Inilah yang dikatakan khayal yang akan membawa sengsara, jika anda Remaja ingin membawa kesengsaraan kepada keluarga anda sila teruskan Eramin 5, jika tidak hentikanya sekarang sebelum terlambat sebelum nasi menjadi bubur. Jangan bila dah terhantuk baru nak tergadah sudah tiada gunanya kerana semua sudah terlambat. Ingatlah ini dunia bukan syurga.

Jangsa sengsarakan keluarga anda dengan terlibat penyalahgunaan Eramin 5 ini, berhibur tiada salahnya asalkan kita berhibur berlandaskan syarak dan janganlah kita mencampakkan diri ke arah kebinasaan. Jauhi dadah keluarga bahagia.


0 comments:

Post a Comment