Sunday, August 29, 2010

Apa itu Politik Tempat Kerja?


POLITIK perkataan ini sudah pasti ramai yang tahu apakah yang dimaksudkan dengan politik. Ramai dikalangan kita yang suka bercakap mengenai politik, pendek kata di mana-mana pun ingin bercakap hal berkaitan politik. Apabila bercakap mengenai politik ia ada kena mengena-mengena dengan kuasa. Kata orang kuasa dan politik tidak boleh dipisahkan.

Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat Politik di definasikan sebagai "satu golongan(kumpulan) yang bergerak untuk tujuan(dasar) yang sama. Itulah yang dimaksudkan dengan politik mengikut Kamus Dewan.

Namun, hari ini bukanlah penulis ingin mengenai politik tersebut. Politik yang ingin penulis bincangkan ini tiada kena mengena dengan pJustify Fullolitik UMNO, PAS, DAP, PKR, PAKATAN RAKYAT mahupun Barisan Nasional.

Sebenarnya pada kali ini penulis ingin membincangkan topik Politik tempat kerja. Topik ini sesuai dibaca oleh mereka-mereka atau individu yang bakal melangkah ke alam pekerjaan tidak kiralah di sektor mana mereka akan bekerja, swasta mahupun kerajaan.

Bakal pekerja perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu tentang Politik Tempat Kerja. Politik tempat kerja ini penulis boleh definasikan sebagai persaingan di dalam tempat kerja. Persaingan tersebut terbahagi kepada dua iaitu persaingan sihat dan persaingan tidak sihat.

Pembaca perlu ingat seseorang pekerja adalah seorang manusia, di mana manusia ada sifat cemburu di dalam hatinya, pendek kata sebagai seorang pekerja kita tidak akan terlepas daripada sasaran politik di tempat kerja.

Bagi memudahkan pembaca memahami Apa itu Politik tempat kerja, elok juga penulis memberi contoh seperti seseorang yang bekerja sebagai guru di sekolah pun tidak terlepas daripada politik tempat kerja.

Sebagai seorang guru terutamanya yang baru menjadi guru ataupun yang sedang menjalankan latihan praktikal sebagai seorang guru akan merasai politik tempat kerja ini. Sebagai seorang yang baru di dalam tugasnya, akan mendatangkan rasa tidak puas hati daripada orang yang lama terumanya sekiranya seorang guru baru ini popular di kalangan murid-murid dan guru-guru lain.

Oleh yang demikian, guru-guru yang lama akan bertindak memerhatikan kita sebagai guru yang baru dan cuba mencari kesalahan kita atau dengan kata lain dia cuba menjatuhkan kita sebagai seorang guru baru yang popular.

Sebagai seorang guru baru, pastinya pendekatan mengajar yang digunakan pun baru dan berbeza dengan mereka. Ini mungkin mereka salah anggap dan menganggap kita telah melakukan kesalahan, walaupun sebenarnya tidak, mereka tidak menerima kenyataan yang pembaharuan perlu dibuat di dalam mendidik murid-murid yang semakin hari semakin mencabar ini.

Adalah lebih baik sebagai seorang guru yang baru, berhati-hatilah dengan pembaharuan yang anda buat, tetapi ini bukan bermakna anda tidak perlu membuat pembaharuan. Pembaharuan itu tetap kena ada tetapi apa yang penting pastikan ia tidak menimbulkan salah faham di kalangan guru-guru lama.

Berkomunikasi dengan guru-guru lama juga perlulah berhati-hati kerana kegagalan dalam berkomunikasi menyebabkan timbulnya salah faham. Sebagai contoh, komunikasi tersebut sebenarnya untuk menyatakan A tetapi ia sampai kepada guru lama tersebut sebagai B. Ini bermakna komunikasi ini gagal, kerana apabila mesej sebenar yang dihantar melalui komunikasi ini tidak dapat diterima oleh guru-guru lama tersebut, ini bermakna halangan komunikasi berlaku atau dalam bahasa inggerisnya Miss Communications. Jadi perbaikilah cara anda berkomunikasi dengan kerap.

Sebagai Pekerja yang baru di lapangan pekerjaan, seharusnya lebih berhati-hati di dalam membuat keputusan di dalam hal-hal yang ada kaitan dengan pekerjaan anda. Penulis merasakan setakat ini sahaja artikel penulis pada kali ini, bagi mereka yang masih belum faham silalah komen untuk membolehkan penulis mengulas balik apa yang mereka tidak faham itu.

Akhirkalam ingatlah Ilmu tentang politik tempat kerja perlulah diketahui oleh setiap pekerja baru, agar mereka tidak akan terkena kejutan budaya semasa mereka melangkah ke alam pekerjaan kelak.
Enhanced by Zemanta

0 comments:

Post a Comment